» » Johan debat Asia bertukar angin dengan mula kritik Najib Razak pula walaupun dahulu beliau penyokong tegar PM M'sia


Pendebat terkenal Asia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, baru-baru ini mengejutkan dengan kritikan pedas terhadap Datuk Seri Najib Razak di mana beliau mengecam perdana menteri sebagai "memalukan negara”, mengatakan kenyataan itu adalah kemuncak kepada pandangan beliau terhadap beberapa isu yang kini melanda pentadbiran dan kepimpinannya.

Memetik skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), "penyalahgunaan" Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma), tekanan terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang sedang menyiasat syarikat bekas IMDB sebagai alasan, antara lain dalam ucapan beliau, Syed Saddiq berkata ia juga bagi pihak orang ramai yang takut bersuara menentang "ketidakadilan".

"Ramai kawan saya dalam Umno benar-benar takut untuk bersuara kerana bimbang tindakan disiplin parti dan itu amat teruk," katanya.

"Ia bukan satu reaksi spontan. Ia juga bukan kali pertama saya menyuarakan rasa tidak puas hati saya. Terdapat banyak komen sebelum posting itu," katanya mengenai status yang dipos pada Oktober berikutan penahanan peguam Matthias Chang di bawah Sosma.

"Apabila beliau (Najib) mengelakkan daripada memberi komen mengenai 1MDB, bagaimana Sosma disalahgunakan, ahli-ahli Kabinet disenyapkan, ahli-ahli parti ditekan apabila mereka cuba untuk bersuara; ini adalah perkara yang menyebabkan saya membuat keputusan memuat naik posting itu, "katanya kepada The Malaysian Insider.

Sambil mengakui beliau pernah menjadi penyokong kuat Najib, pelajar undang-undang berusia 22 tahun dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu berkata skandal 1MDB mengubah fikirannya.

"Sebelum Mac (apabila skandal 1MDB menjadi besar) saya adalah penyokong kuat Najib. Bagi saya, beliau adalah seorang pemimpin yang boleh dipercayai yang saya fikir melakukan kerja sangat baik untuk negara," katanya.

Beliau berkata, hormatnya kepada Najib adalah kerana dasar-dasar yang diperkenalkan perdana menteri seperti Pemandu (Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan), GTP (Program Transformasi Kerajaan) dan GDP (Program Pembangunan Kerajaan), dan juga langkah membawa masuk teknokrat seperti Datuk Seri Idris Jala dan Datuk Seri Abdul Wahid Omar untuk bekerja dalam kerajaan.

"Saya kagum. Saya mengikuti semua kerja beliau dan sangat menyokong semua yang dilakukan ketika itu," kata Syed Saddiq.

"Beliau pernah berkata kepada saya apabila menerima Anugerah Perdana Belia daripadanya, agar terus menyuarakan suara rakyat tidak kira bagaimana sukar, tidak kira betapa susah. Itu adalah apa yang saya lakukan," kata Syed Saddiq.

Beliau juga berkata Najib perlu meletak jawatan jika benar-benar yakin beliau tidak bersalah dalam isu 1MDB.

"Turunkan kuasa kepada menteri peralihan. Jika beliau tidak bersalah, beliau boleh mendapatkan kembali berkuasa. Walaupun di Afrika Selatan dan negara membangun yang lain, para pemimpin akan meletak jawatan sehingga siasatan selesai, Datuk S. Ambiga juga berkata demikian."

Dalam posting Facebook bertarikh 8 Oktober yang mengutuk Najib, pelajar undang-undang berusia 22 tahun dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu bertanya berapa banyak lagi yang boleh diterima rakyat Malaysia dengan penangkapan Chang.

"Pertama, anda secara tidak adil dan sewenang-wenangnya menahan seorang ahli politik. Sekarang anda memburu peguamnya juga?" katanya, merujuk kepada penahanan Chang dan bekas pemimpin Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

"Sosma direka untuk menahan pengganas yang menjadi ancaman terus kepada keselamatan negara kita, bukan menindas pembelot!

"Anda menyingkir rakan-vokal anda (bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas menteri Shafie Apdal), anda mengganggu Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), sewenang-wenangnya menyingkir peguam negara (Tan Sri Abdul Gani Patail). Anda campur tangan dalam urusan SPRM melalui intimidasi berterusan.

"Anda menindas portal berita yang membongkar skandal, menghentikannya melalui undang-undang yang bertujuan untuk pengganas, anda tidak menyaman akhbar asing yang anda dakwa akan lakukan, senarainya berterusan...

"Saya rasa anda benar-benar tidak mengambil berat tentang defisit amanah yang anda hadapi atau prospek tenggelamnya Malaysia dengan anda.

"Akhirnya, ia semua tentang anda dan bukan Malaysia. Itu memalukan negara. Anda memalukan negara," kata beliau.

Walaupun mempunyai kerjasama rapat dengan Umno dan Putrajaya, dilantik sebagai felo perdana kepada Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Nancy Shukri dan sebagai seorang penyelidik di Bait Al Amanah, Syed Saddiq bukan ahli Umno.

"Bekas bos saya (Nancy) memanggil saya apabila mendapat tahu tentang posting itu. Tetapi beliau tidak memarahi saya. Beliau menghormati pendapat saya mengenai perkara itu," kata Syed Saddiq.

Syed Saddiq meninggalkan kerja sebagai pegawai khas kepada Nancy pada akhir Ogos kerana berpendapat ia adalah perkara terbaik untuk dilakukan memandangkan beliau mengkritik apa yang berlaku di negara ini, termasuk keputusan dibuat pucuk pimpinan dalam isu-isu tertentu.

"Saya tidak mahu bekas bos mendapat masalah. Apabila saya menulis surat terbuka mengenai pengusiran Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dia tidak kecewa. Beliau menghormati pandangan saya," katanya.

Beliau berkata ramai bimbang apa yang akan berlaku kepadanya jika terus menjadi vokal terhadap kerajaan pemerintah.

"Ibu bapa saya memberitahu agar menunggu sehingga saya tamatkan pengajian. Mereka juga bertanya mengapa saya lakukan ini kerana saya sudah mempunyai pekerjaan yang baik. Tetapi saya memberitahu diri saya, jika saya hilang kerja, saya hilang kerja. Saya ingin merasakan 10 tahun akan datang saya mampu menjawab suara hati saya," katanya.

Postingnya yang menghentam Najib menyebabkan beliau menerima banyak komen menuduhnya tidak bersyukur bagi semua "kebaikan" yang diterima daripada Barisan Nasional menjadi apa yang dinikmati beliau dan keluarganya.

"Saya bersyukur. Saya bersyukur kerana segala yang baik yang dianugerahkan kepada saya tetapi perlukah saya juga bersyukur untuk perkara-perkara salah yang dilakukan," kata Syed Saddiq.

Beliau berkata menjadi kritikal terhadap kepimpinan tiada kena mengena dengan parti.

"Anak-anak muda seperti saya bercakap tentang politik berdasarkan isu. Kami tidak berat sebelah dan setia kepada hanya satu pihak.

"Kita mungkin boleh bersetuju mengenai pelaksanaan kerajaan bagi GST (cukai barangan dan perkhidmatan) tetapi pada masa yang sama kita tidak bersetuju terhadap lain-lain perkara seperti kenaikan kadar tol, skandal 1MDB dan sebagainya," katanya.

Pendebat muda yang menyimpan impian membuka sekolah pengucapan awam dan perbahasan di negeri kelahirannya Johor, juga mahu menjadi ahli politik suatu hari nanti.

Beliau memberikan dirinya 5 tahun sebelum memasuki arena politik, dan mengakui masih belum membuat keputusan parti mana akan disertai, sambil menambah beliau akan menilai senario dan pemimpin parti politik sebelum membuat keputusan itu.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .